Tentang Kami

HalalSpy merupakan portal dwi-bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kami berkongsi perkara berkaitan halal haram dalam aspek kehidupan – terutamanya tentang makanan, produk, premis makanan, travel dan macam-macam lagi.

Bila kita jalan-jalan di shopping mall, selalu nampak kedai yang ramai orang beratur nak masuk. Bila jenguk ke dalam, nampak orang pakai tudung pun ada. Bila toleh ke kaunter, tengok budak-budak Melayu yang kerja.

Mulalah kita rasa ragu-ragu.

“Kedai ini halal ke tak?”

Mulalah pergi ke sudut dinding dan mula Google, “Is this shop halal?”

Familiar dengan situasi ini?

.

.

Ya.

Kami pun sama.

Sebab itulah kami lancarkan Halal Spy, konon-konon kami buat risikan dan menyiasat bagai private investigator.

Antara sebab lain kami sanggup susah payah cari maklumat satu-satu adalah:

  1. Untuk memenuhi kewajipan kami sebagai Muslim yang berkongsi perkara-perkara penting, lebih-lebih berkaitan status halal
  2. Untuk memberikan maklumat yang dipercayai dan tepat tentang status halal sesuatu premis ataupun produk melalui sumber yang sahih iaitu JAKIM
  3. Untuk menggalakkan lagi transparency dalam industri makanan dan produk-produk berkaitan
  4. Untuk memudahkan masyarakat Muslim membuat pilihan yang tepat dari segi aspek pemakanan dan kehidupan secara keseluruhannya
  5. Untuk terus menyokong pertumbuhan industri makanan dan produk-produk halal tempatan
  6. Untuk memberikan awareness kepada orang ramai tentang betapa pentingnya status halal dalam menjalani kehidupan seharian sebagai masyarakat Islam
  7. Untuk menyediakan alternatif kepada orang ramai yang menghadapi kesukaran mencari makanan yang disukai
  8. Untuk pempromosikan budaya dan gaya hidup makan yang sihat dan halal selari dengan ajaran agama Islam

Sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan.