Mesti tertanya-tanya kan, K Fry halal ke tak? Sebenarnya, kedai ini halal atau tidak? Halal or not? Dari luar, nampak macam ramai sangat orang yang pakai tudung makan. Takut juga kan?
Jangan risau, kami ada jawapan berkenaan status K Fry. Anda pun boleh semak dan check sendiri.
Content
- K Fry Ada Sijil Halal JAKIM ke Tak?
- KFry ada hidang alkohol atau arak dalam restoran ke?
- Boleh tak saya check status halal K Fry sendiri?
- K Fry ini kedai apa?
- K Fry di bawah syarikat apa?
- Boleh kongsi senarai kedai & outlet K Fry?
- Boleh kami berikan sedikit nasihat?
- Macam mana nak contact K Fry untuk saya tanya mereka sendiri?
K Fry Ada Sijil Halal JAKIM ke Tak?
Ramai sangat yang bertanya, “Is K Fry halal?”. Nak tak nak, kami pun buat research sendiri dengan membuat carian di Halal Malaysia Directory
Jadi, adakah K Fry tersenarai dan mempunyai pensijilan Halal JAKIM?
Jawapannya ialah:
Tidak
Sila rujuk screenshot seperti di bawah:
Jika Tidak, ada beberapa kemungkinan:
- Mungkin pihak K Fry Sdn Bhd masih belum buat permohonan sijil halal lagi
- Mungkin pihak K Fry Sdn Bhd sudah mohon, tapi belum mendapat kelulusan lagi
- Mungkin pihak K Fry Sdn Bhd sengaja tak nak apply
- Mungkin pihak KFry guna pembekal yang halal, tapi gunakan status No Pork, No Lard dan bukannya status halal
- Terakhir, mungkin silap kami tak jumpa kata kunci yang betul
- Kalau salah, tolong betulkan
KFry ada hidang alkohol atau arak dalam restoran ke?
Ya.
Pihak K Fry menghidangkan alkhol di dalam premis mereka.
Ini adalah berdasarkan jawapan pihak K Fry melalui Facebook pada tahun 2017.
Kami tidak mempunyai status halal terkini pada tahun 2022.
Walau bagaimanapun, jawapan pada 2017 mengatakan bahawa semua ayam dan daging mereka adalah daripada pembekal yang halal.
Arak atau alkohol disediakan mengunakan cawan yang berbeza.
Oleh yang demikian, mereka tidak mempunyai sijil halal JAKIM.
Boleh tak saya check status halal K Fry sendiri?
Boleh. Dipersilakan.
Prosesnya pun mudah sahaja.
Hanya perlu semak di Halal Malaysia Directory.
Rajin tak rajin sahaja nak buat semakan sendiri.
Kalau anda ada data Internet, memang boleh buat sendiri.
Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:
- Layari https://www.halal.gov.my/v4/
- Klik butang carian di bahagian Verify Halal Status
- Tak perlu masukkan apa-apa kata kunci
- Pilih negeri, antaranya:
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Pulau Pinang
- Perak
- Perlis
- Selangor
- Terengganu
- Sabah
- Sarawak
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Wilayah Persekutuan Labuan
- Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Sekadar tips, untuk negeri yang mempunyai paling banyak kedai atau outlet, pilih Selangor
- Akan terpapar Kategori / Skim, antaranya:
- Syarikat
- Hotel & Resort
- Premis Makanan
- Menu Makanan
- Produk
- Kosmetik
- Farmaseutikal
- Barang Gunaan
- Rumah Sembelihan
- Logistik
- International
- Pilih Premis Makanan
- Sekarang, baru masukkan carian dalam kotak Verify Halal Status
- Contohnya, masukkan nama kedai iaitu “K Fry” atau nama syarikat “K Fry Sdn Bhd”
- Masukkan “fry” sahaja pun sudah cukup
- Jika ada sijil halal, akan ada maklumat terpapar
- Jika tiada sijil halal, tidak akan keluar apa-apa
- Selesai
K Fry ini kedai apa?
K Fry terkenal dengan ayam goreng Korea asli. Bagi yang tidak tahu, K Fry ialah satu slanga yang bermaksud Korean fried chicken.
Peminat K-Drama dan K-Pop mesti tahu tempat makan ini.
K Fry di bawah syarikat apa?
Untuk makluman, K Fry adalah di bawah syarikat K Fry Sdn Bhd.
Boleh lawati laman web rasmi mereka di sini: https://www.kfry.my/about-us/
Boleh kongsi senarai kedai & outlet K Fry?
Seperti dipinta, berikut ialah senarai outlet K Fry yang terkini:
K Fry 1 Utama Shopping Center LG221A Bandar Utama City Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya 47800, Selangor
+60 3-7624 0027Mon – Sun: 11:00AM – 10:00PM (Last order 09:00PM)
K Fry IOI City Mall Putrajaya G26 IOI City Mall Lebuh IRC IOI Resort City Putrajaya, Wilayah Persekutuan 62505, +60 3-8957 8126Mon – Sun: 11:00AM – 10:00PM (Last order 09:00PM)
K Fry Old Street Batu Pahat 7 Jalan Rotan Kong, Taman Sri Jaya, Batu Pahat, 83000, Johor, Malaysia. +60 7-430 0301Mon – Sun: 11:00AM – 10:00PM (Last order 09:00PM)
K Fry KL East Mall Lot G3-13, KL East Mall, Jalan Lingkaran Tengah 2, Taman Sri Melati, 53100, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. +60 3-4162 0901Mon-Sun: 11:00AM-10:00PM (Last order
Sumber adalah daripada website K Fry di https://www.kfry.my/about-us/
Boleh kami berikan sedikit nasihat?
Ini bukan untuk menghalang anda daripada makan dan bersantai di K Fry.
Logiknya cukup mudah.
Sekiranya keputusan carian di Halal JAKIM berkenaan sijil halal K Fry ialah Ya, tidak perlu rasa was-was lagi. Silalah makan dengan tenang hati.
Namun, jika keputusan carian di Halal JAKIM berkenaan sijil halal K Fry ialah Tidak, anda perlu lebih berhati-hati. Jangan makan sesuka hati. Sanggup makan dalam kedai yang ada hidangkan arak?
Sekadar berkongsi, kita sebagai orang Islam, elakkan buat anggapan begini:
- Kalau ada orang pakai tudung dalam kedai, terus ingat halal
- Kalau ada pekerja yang pakai tudung, terus ingat kedai itu halal
- Jangan ingat No Pork, No Lard itu terus boleh makan
Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk berkongsi dengan anda. Benar, itu tekak anda yang terasa nak makan K Fry.
Duit pun, duit anda sendiri. Tapi, tak salah kan kalau kami menasihati?
Macam mana nak contact K Fry untuk saya tanya mereka sendiri?
Kalau was-was, dipersilakan hubungi K Fry Sdn Bhd.
Itu lebih baik.
Boleh PM K Fry di Facebook, DM di Instagram, email ataupun telefon pejabat mereka.
Kalau dah ada jawapan, kongsikan dengan kami.
Akhir kata
Diharapkan agar persoalan berkenaan K Fry halal ke tak sudah terjawab.
Ingat, mencari yang halal itu wajib.
Hati-hati dalam memilih restoran atau kedai makan.
Takkan mati kelaparan kalau tak dapat makan K Fry.
Semoga Allah lindungi kita daripada perkara-perkara yang haram.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita semua.
Semoga bermanfaat.