Masak Atau Beli Lebih Jimat? Ini Pendapat Kami


Membeli atau memasak makanan, mana satu yang sebenarnya menjimatkan wang? Dalam erti kata lain, masak atau beli lebih jimat?

Dalam artikel ini, kami akan cuba lihat dari dua perspektif dan menilai kelebihan dan kekurangan setiap satu.

Membeli makanan di restoran

  • Kelebihan: Mudah dan cepat untuk membeli makanan yang sudah siap dibungkus di restoran besar ataupun fast-food. Terdapat pelbagai pilihan makanan yang boleh dipilih. Hanya perlu hulur duit sahaja.
  • Kekurangan: Harga makanan yang sudah siap dibungkus lebih tinggi berbanding dengan membeli bahan mentah dan memasak sendiri. Kalau gaji besar, tak ada masalah dan tidak membebankan.

 

Membeli makanan di pasar malam atau tapau di kedai biasa

  • Kelebihan: Harga makanan yang lebih murah berbanding dengan membeli di restoran-restoran besar.
  • Kekurangan: Perlu menunggu lama di kedai jika ramai orang. Ada kemungkinan, makanan yang dijual tidak segar atau tidak memenuhi standard keselamatan makanan.

 

Memasak makanan sendiri

  • Kelebihan: Dapat mengawal pemakanan dan jumlah kalori yang diambil. Dapat menjimatkan wang kerana membeli bahan mentah yang lebih murah.
  • Kekurangan: Memerlukan masa dan tenaga untuk memasak. Perlu belajar cara memasak yang betul. Kalau sibuk dengan kerja, pergi pagi balik petang, memang tak sempat.

Maka, pada pendapat kami, bagi mereka yang sibuk dengan kerja dan tidak mempunyai masa untuk memasak, mungkin lebih baik membeli makanan siap sedia atau membeli makan di luar.

Walaupun ini mungkin akan menelan belanja yang lebih tinggi, tetapi ia bagi orang sibu, masa itu emas. Harga makanan yang dibeli mungkin tidak sama dengan masa yang digunakan untuk memasak.

Sementara itu, bagi mereka yang mempunyai masa dan minat untuk memasak, memasak sendiri adalah pilihan yang lebih baik kerana mereka dapat memastikan bahan-bahan yang digunakan adalah berkualiti dan selamat untuk diambil.

Mereka juga boleh mengawal jumlah kalori dan pemakanan dengan lebih baik.

 

Akhir kata

Jadi, masak atau beli lebih jimat?

Pada pendapat kami, membeli makanan di kedai adalah pilihan yang paling mudah dan cepat. Walaupun mahal sedikit, ia menjimatkan masa.

Boleh baca perkongsian kami tentang kebaikan makan di luar berbanding masak sendiri.

Namun, kalau ada masa, lebih baik masak kerana boleh bereksperimen dengan masakan sendiri.

Apa pun, pilihan terbaik bergantung kepada keperluan dan kemampuan anda. Yang penting, kalau makan di luar, pastikan semak status halal JAKIM terlebih dahulu.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment