Cara Baca Label Makanan


Ramai antara kita yang tak tahu cara baca label makanan. Biasanya, ramai yang tak peduli sangat pun. Sebenarnya, tak bolehlah begitu. Kalau pergi shopping barang-barang dapur di Giant, Lotuss mahupun 99 Speedmart, adalah penting untuk memahami apa yang terkandung dalam pemakanan seharian kita.

Label makanan memberikan informasi tentang jumlah kalori, nutrien, dan bahan tambahan dalam setiap portion makanan tersebut.

Ini membantu kita membuat pilihan yang lebih baik tentang apa yang kita makan dan memastikan kita mendapatkan nutrisi yang diperlukan untuk menjaga kesihatan kita.

Cara Baca Label Makanan

Berikut adalah beberapa langkah penting untuk bantu anda membaca label makanan dan seterusnya membuat pilihan nutrisi yang lebih baik:

Fokus pada kandungan nutrien

Lihatlah jumlah protein, karbohidrat, lemak, serat, dan gula yang terkandung dalam setiap portion makanan.

Kalau tak nak gemuk, jangan ambil yang banyak karbohidrat. Kalau nak kurus, kenalah ambil yang banyak protein. Kalau boleh, kurangkan yang ada banyak gula dan lemak.

 

Periksa jumlah kalori

Label makanan juga menunjukkan jumlah kalori yang terkandung dalam setiap portion.

Ini membantu anda memantau jumlah kalori yang anda ambil setiap hari. Ia juga dapat memastikan anda tidak ambil terlalu banyak kalori.

Kalau banyak sangat kalori, susah nak bakar. Lebih baik ambil yang sedang-sedang sahaja supaya badan tak naik macam dipam-pam.

 

Ambil tahu tentang bahan tambahan

Label makanan juga menunjukkan bahan tambahan yang terkandung dalam produk.

Bahan tambahan seperti garam, gula, pewarna dan pengawet boleh mempengaruhi kesihatan jika diambil dalam jumlah yang berlebihan. Carilah produk dengan bahan tambahan yang sedikit atau tidak ada lansung sama sekali.

Sebaik-baiknya, jauhkanlah makanan yang ada banyak pewarna dan pengawet. Lebih baik makan makanan yang segar daripada yang bukan-bukan dan tidak berkhasiat.

 

Cuba produk organik

Ya, bahan-bahan organik memang mahal. Tapi kalau ada duit lebih, cubalah beli.

Kenapa kena beli produk organik?

Ini kerana roduk organik tidak mengandung bahan kimia dan pengawet yang membahayakan kesihatan.

Walaupun mahal, agak berbaloi.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara baca label makanan ini akan memudahkan lagi urusan anda. Kalau ada masa, boleh beli bahan-bahan mentak dan masak sendiri di rumah.

Dengan memahami kandungan nutrien, jumlah kalori, bahan tambahan, dan membeli produk organik, anda dapat memastikan anda membuat pilihan yang baik tentang apa yang anda makan dan memelihara kesihatan anda.

Kalau anda masih ragu-ragu dan perlukan penjelasan lanjut, jumlah pakar pemakanan, nutritionist atau mana-mana doktor.

Sebelum beramal, perlu ada ilmu!

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment